Resepi Biskut Hazelnut Nutella

Cara penyediaan biskut swiss tart hazel nutella ini  yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat!

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan biskut Swiss tart hazel nuttella ini.

Bahan Biskut Hazelnut Nutella

  • 2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 225 gram unsalted butter
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur kuning
  • Nutella

Cara Penyediaan Biskut Hazelnut Nutella

  1. Kisar kacang hazelnut yang dipanggang tadi sehingga menjadi serbuk halus.
  2. Pukul unsalted butter dan gula sehingga sebati dan warna bertukar menjadi kuning pucat, kemudian masukkan telur kuning dan garam. Kacau sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak dan diselang seli kan dengan serbuk hazelnut ke dalam adunan. Kacau sehingga menjadi doh yang sebati. Doh memang agak lembik dan jangan ditambah tepung lagi.
  4. Balut doh dengan plastik cling atau plastic wrap. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam ke 1 jam. Keluarkan doh, lapik plastik di permukaan dan canai setebal 1/4 cm. Terap dengan acuan dan bakar pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit.
  5. Angkat dan sejukkan. Letakkan Nutella sebagai inti di tengah.

Originally posted 2022-11-24 01:40:00.

Tinggalkan komentar