Resepi Biskut Double Chocolate Chips

Biskut Double Choc Chips ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Mariana Zainal, resipi ni memang sangat senang kerana bahan-bahannya guna sukatan cawan.

Cumanya pastikan anda tidak ‘curang’ dengan resipi yang diberikan. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.

Bahan Biskut Double Chocolate Chips

  • 1 cawan mentega unsalted (227g), suhu bilik
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 1/2 – 2 cawan coklat chip (semisweet)
  • 1/2 cawan badam cincang (almond nib), bakar seketika

Cara Penyediaan Biskut Double Chocolate Chips

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam.
  3. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
  4. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  5. Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.
  6. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. Scoop dengan pencedok ice cream atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.
  7. Bakar selama 15-20 minit.

Catatan

Untuk mendapatkan biskut yang lebih tebal tapi rangup, masukkan doh yang sudah di scoop ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Originally posted 2022-11-10 05:12:20.

Tinggalkan komentar