Resepi Biskut Dam Sedap & Simple

Biskut Raya yang menjadi kegemaran dan popular dikalangan mak dan nenek-nenek kita.

Nak buangnya sangat senang dan rasanya pun sedap. Nak imbau kembali kenangan raya dulu-dulu? Jom cuba resipi di bawah ni.

Bahan Resepi Biskut Dam Sedap

Bahan Untuk Doh Vanilla

  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 220g tepung kek, ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan Untuk Doh Cokelat

  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 190g tepung kek
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan Resepi Biskut Dam

Cara Buat Untuk Doh Vanilla

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara Buat Untuk Doh Cokelat

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  6. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara Buat Biskut Dam

  1. Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
  2. Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
  3. Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
  4. Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
  5. Che Nom sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
  6. Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.

Originally posted 2022-11-14 05:36:37.

Tinggalkan komentar