Resepi Biskut Dahlia Coklat

Semperit merupakan salah satu biskut raya kegemaran ramai. Memandangkan Ramadan bakal menjelang seterusnya Aidilfitri, pasti sudah ramai yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk disediakan menjelang Syawal nanti.

Salah satu resipi mudah adalah resipi Biskut Semperit Coklat perkongsian saudari Noor Suhaida ini.

Pasti digemari ramai dan bagi peminat coklat, ia tentunya resipi yang tidak harus anda abaikan. Kata empunya resipi, biskut ni rasanya seakan Chipsmore.

Malah beliau juga bermurah hati berkongsi tip untuk jadikan bunga biskut yang tidak mendap, kekal terletak dan cantik selepas dibakar.

Wow…Pasti enak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Resepi Biskut Dahlia Coklat

  • 300g mentega
  • 220g gula ising
  • 240g tepung gandum*
  • 100g tepung jagung*
  • 160 gram tepung kastard*
  • 35g serbuk koko*
  • Manik gula berwarna untuk hiasan
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan Biskut Dahlia Coklat

  1. Ayak bahan bertanda *
  2. Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
  3. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
  4. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata. Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
  5. Keluarkan doh dan terap menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Catatan

Pastikan kuih tidak terlebih dibakar kerana ia akan cepat menghasilkan rasa sedikit pahit.

Originally posted 2022-11-26 02:07:57.

Tinggalkan komentar