Resepi Biskut Cornflakes Madu Rangup, Emm Sedap!

Cornflakes Madu ni antara biskut raya yang paling mudah nak buat. Boleh dikatakan, setiap rumah pasti ada biskut ni.

Bukan sahaja budak-budak, malah orang dewasa pun suka makan biskut ni. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas.

Hanya guna empat bahan sahaja. Modal pun tak banyak. Bestkan? Jom cuba resipi perkongsian saudari che nom. Pasti puas hati.

Bahan Resepi Cornflakes Madu Rangup

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu (Ia boleh menjadi lebih, contohnya menggunakan madu 500gram atau 1kg, tetapi ia disesuaikan dengan bahan-bahan lain)
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan Cornflakes Madu Resepi

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Senangkan? Selamat mencuba!

Ingin mencuba lagi resepi cornflakes madu sukatan cawan lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-25 23:23:00.

Tinggalkan komentar