Resepi Biskut Cappuccino

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut cappucino yang enak dan mudah untuk disediakan?

Biskut cappucino merupakan sejenis biskut yang ringkas tetapi sangat enak untuk dijadikan kudapan.

Biskut ini menggunakan bahan asas untuk membuat biskut tapi ditambahkan sedikit serbuk atau perasa cappucino di dalam doh untuk membangkitkan rasa dan bau cappucino.

Tunggu apa lagi ? Jom kita cuba resepi biskut cappucino yang enak dan mudah berikut ni.

Bahan Resepi Biskut Cappuccino

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 sudu kecil pati cappuccino
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk koko
  • 225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadu
  • 1/2 cawan gula kastor

Cara Penyediaan Resepi Biskut Cappuccino

  1. Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko.
  3. Menggunakan mixer, pukul unsalted butter dan gula sehingga putih dan kembang. Boleh juga dipukul menggunakan tangan.
  4. Tukar mixer kepada hook yang sesuai dan pada speed yang perlahan, masukkan pati cappuccino dan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  5. Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle yang biasa, paipkan secara membulat di atas kertas parchment yang dilapik di atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 12-15 minit.
  7. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack.

Catatan

Biskut memang akan menjadi lembut walau selepas 15 minit dibakar, tetapi akan mula mengeras apabila sejuk.

Originally posted 2022-11-25 01:02:00.

Tinggalkan komentar