Resepi Biskut Arab

Nak cuba resepi biskut arab?

Biskut arab termasuk biskut dengan penyediaan paling simple namun ia sedap dan meletop dalam mulut.

Biskut ini sentiasa masuk dalam senarai biskut yang disediakan pada hari raya.

Namun tidak hanya hari raya hari-hari biasa juga sesuai untuk menyediakan biskut arab.

Rasanya yang meletop membuat kanak-kanak sangat tertarik dengan biskut ini.

Resepi yang dikongsikan oleh Zalina Yahaya di Facebook ini boleh dapatkan 192 biji biskut arab.

Kalau anda rasa terlalu banyak boleh buat setengah adunan sahaja. Resepi ini mendapat perkongsian dan like sangat ramai.

Untuk mendapatkan rasa biskut arab yang asli padu, gebu dan meletop, sila ikut resepi yang ditulis di bawah ini tanpa tertinggal satu kata pun serta bahan yang digunakan juga kena ikut.

Kerana apabila anda tukar kepada bahan brand lain contoh guna buttercup, minyak sapi timbang atau apa sahaja terserah pada anda. Tapi rasa confirm tidak sama! Sila cuba.

Bahan Resepi Biskut Arab

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 tin kecil mintak sapi (anggaran)
  • pewarna kuning
  • pewarna pink atau merah
  • pewarna biru

Cara Penyediaan Resepi Biskut Arab

  1. Ayak tepung gandum di dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak di atas api yang perlahan sampai rasa tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.Kaedah ini dipanggil sangai.
  2. Ayak lagi sekali tepung gandum (kalau tak nak ayak pun tidak mengapa, Che Nom ayak supaya nk tepung tu tidak berketul lepas disangai).
  3. Gaulkan gula kastor bersama tepung. Kemudian sudukan minyak sapi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan uli sehingga terbentuknya doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga sekata.
  5. Cubit sedikit doh secara sama rata dari 3 warna doh dan uli sehingga menjadi bulat pada saiz yang agak-agak muat ke dalam paper cup.
  6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 °C. Angkat dan sejukkan.Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan ke dalam paper cup.

Originally posted 2022-11-19 01:31:00.

Tinggalkan komentar