Resepi Biskut Almond London

Tak lengkap raya tanpa biskut Almond London ni. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun suka. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat.

Menurut empunya resipi, cara yang dikongsi sangat mudah kerana tidak memerlukan mesin pengadun. Malah sukatannya juga menggunakan cawan sahaja. Wah..mesti sedap kan.

Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazilah Zakaria ni. Pasti puas hati. 

Bahan Resepi Biskut Almond London

  • 250g biji badam
  • 100g badam cincang
  • 250g mentega
  • 94g / 3/4 cawan icing sugar
  • 2 biji kuning telur
  • 250g /2 cawan tepung gandum
  • 200g / 4/5 cawan tepung jagung (ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 50g / 1 1/3 serbuk kepingan jagung atau boleh ganti serbuk badam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 500g coklat masakan (milk atau dark chocolate compound)
  • 1-2 sudu besar shortening

Cara Penyediaan Resepi Biskut Almond London

  1. Bakar badam dan badam cincang.
  2. Bakar biji badam pada suhu 150 °C selama 10 min.
  3. Badam cincang masak lebih cepat dari biji badam, jadi keluarkan lebih awal.
  4. Kisar halus cornflake.
  5. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
  6. Pukul butter dengan gula ising.
  7. Masukkan telur kuning.
  8. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
  9. Masukkan serbuk cornflake dan susu tepung.
  10. Uli sehingga dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk.
  11. Rehat doh 10 minit.
  12. Bentukkan doh, cubit sikit, leperkan, letakkan badan di tengah dan tutup.
  13. Uli memanjang (dalam 2 cm panjang).
  14. Susun atas dulang yang telah digris dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  15. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit pada suhu 170 °C.
  16. Bila dah siap bakar, keluarkan dan sejukkan atas cooling rack.
  17. Cairkan coklat masakkan mengunnakan teknik double boil.
  18. Tambah lemak sayuran atau shortening kedalam coklat tadi.
  19. Bila cair sempurna angkat dan bolehlah celupkan biskut tadi.
  20. Celupkan biskut tadi mengunnakan penyepit dan masukkan kedalam cawan kertas.
  21. Anda boleh tuang coklat kedalam cawan kertas, ikut cara mana yang anda suka.
  22. Tabur dengan badam cincang dan sejukkan sepehunyan dulu sampai coklat beku sebelum masukkan kedalam balang kedap udara.

Catatan

  • Bakar almond pada suhu 150°C, selama anggaran 10 min. Badam cincang/almond nibs masak lebih cepat dari biji badam/whole almond
  • Boleh ganti majerin (Planta, dsb) 

Originally posted 2022-11-07 04:58:25.

Tinggalkan komentar