Resepi Baked Potato Sedap & Mudah

Potato Baked merupakan ubi kentang yang telah dibakar dan apabila dimasak dengan baik, kentang tersebut mempunyai dalaman yang lembut.

Sangat apabila ia disajikan dengan inti dan perasa seperti ayam, keju dan mentega.

Ia merupakan menu barat yang mudah untuk disediakan dan sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Nak cuba buat Potato Baked ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Rozmaliza Omar ini. Sangat mudah dan paling sedap sekali!

Bahan Resepi Baked Potato

  • 6 Biji kentang saiz besar
  • 4 sdb UHT whipped cream/ fresh milk
  • 250 gm daging cincang
  • 1 Biji labu bawang besar – didadu
  • 3 Ulas bawang putih **
  • 3 Sdb butter
  • 1 Sdt oregano
  • 1 Kiub ayam
  • Cheddar cheese
  • Olive oil utk menumis
  • Daun parsley dihiris kasar
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Suka makan potato?, anda juga boleh cuba Resepi Potato Fritters Mudah & Simple & Resepi Sweet Potato Sedap & Mudah!


Cara Penyediaan Baked Potato Cheese Resepi

Cara penyediaan resepi potato mash ini dibezakan menjadi 2, mula mula kita buat butter dulu, lanjut buat sos, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Buat Butter untuk Potato Baked

  1. Panaskan butter dan olive oil. Tumis bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering dan masukkan bawang besar dadu.
  3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan

Cara Buat Potato Baked

  1. Cuci bersih kentang dan potong dua.
  2. Bakar atau kukus hingga lembut dan boleh dicucuk. Sejukkan sebentar.
  3. Korek isi kentang dan lecek isi yg dikorek td. Gaulkan bersama² inti hingga rata.
  4. Masukkan daun parsley cincang, oregano dan uht whipped cream/ fresh milk. Gaul rata.
  5. Masukkan inti kedalam kentang yg dikorek tadi, letakkan cheddar cheese atasnya. Bakar selama 15 minit api atas bawah hingga cheese cair.

Mudah sahaja kan nak buat resepi potato baked ini? Makan pada waktu petang atau pagi memang best sangat.

Tapi kalau nak makan pada bila-bila masa pun okey sahaja. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita beli kentang banyak-banyak ya.

Originally posted 2022-09-08 01:10:14.

Tinggalkan komentar