Resepi Akok Sukatan Cawan Sedap dan Simple

Kuih akok merupakan sejenis kuih tradisi tradisional yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu lazimnya dihasilkan berbentuk bujur, mengikut acuan buah ulu dan akok bunga atau disebut juga akok Kemboja.

Akok mempunyai rasa manis bertelur. Cara pengandungan dan pembakaran adalah faktor yang membuatkan sesuatu kuih akok itu enak.

Pada kelazimannya, akok nisan berwarna gelap, manakala akok daun pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat.

Kuih akok yang asli teksturnya lembut, rasanya lemak manis, baunya wangi dan cair di mulut bila dimakan. Selain perisa biasa (original), perisa pandan dan perisa jagung juga popular.

Berikut kami kongsikan resepi akok sukatan cawan dengan menggunakan oven.

Bahan Resepi Akok Kedut

  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung gandum serbaguna
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping nisan / gula melaka
  • ¼ cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 4 helai daun pandan
  • ¼ sudu kecil garam
  • Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan Resepi Akok Kedut Sukatan Cawan

  1. Carik-carikkan daun pandan, kemudian simpul.
  2. Racikkan gula Melaka supaya cepat larut bila dimasak, (setelah tu lanjut buat kuih akok)
  3. Panaskan oven kepada suhu 200°C menggunakan api atas dan bawah.
  4. Griskan acuan akok dengan minyak masak dan masukkan ke dalam oven.
  5. Buat air gula dengan memasak air, gula pasir, gula melaka dan daun pandan dengan api kecil sehingga mendidih dan cair sepenuhnya. Matikan api dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pandan.
  6. Satukan gandum, santan, air gula, telur dan garam di dalam blender. Kisar sehingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas, kemudian hentak-hentakkan bekas ke atas kaunter tiga empat kali untuk membebaskan buih dari dalam adunan.
  7. Keluarkan acuan akok dari oven dan tuang adunan ke dalam setiap lubang acuan sehingga hampir penuh.
  8. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 10 minit atau sehingga warna bertukar ke perang keemasan. Akok akan mengembang semasa dimasak dan akan mengecut perlahan-lahan bila dikeluarkan dari oven.
  9. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan.

Okeylah, cara membuat akok terengganu mudah sahajakan, selamat mencuba semua.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web Resipikejayaan ni.

Originally posted 2022-09-30 02:08:41.

Tinggalkan komentar