Pop Corn Caramel Resepi Mudah dan Sedap!

Anak-anak memang suka makan keropok dan jajan. Tapi cuba sekali sekala ubah selera mereka kepada pop corn ni. Sedap tak terkata. Silap-silap jadi menu wajib hari-hari.

Bila dah tahu cara nak buat, semuanya jadi cepat dan mudah. Follow je resepi dari Siti Khodijah ni.

Yang pentingnya, bahan-bahan mestilah ada kat dapur. Jika belum ada, boleh dapatkan di kedai-kedai berhampiran.

Bahan Resepi Pop Corn Caramel

Bertih jagung ni tak perlu isi banyak-banyak dalam periuk dan pastikan periuk tu tinggi sebab ia nanti akan naik mengembang.

  • Bertih jagung 1 cup (boleh dapatkan di bakery)
  • Minyak masak 5 sudu besar
  • Gula perang 1 cup
  • Butter 125 gram
  • Soda bikarbonat 1 sudu kecil

Cara Penyediaan Pop Corn Caramel

  1. Mula-mula panaskan minyak masak sedikit di dalam periuk, kemudian masukkan bertih jagung ke dalamnya.
  2. Minyak masak tu cukup sekadar terkena semua butiran jagung. Kacaukannya sekejap, lepas tu tutup dengan tudung periuk.
  3. Bertih jagung akan meletup-letup dan naik kembang di dalamnya. Lepas masak, keluarkan dan sejukkannya.
  4. Selepas tu, siapkan kuah caramel pula.
  5. Panaskan kuali, masukkan gula perang dan masak sehingga larut.
  6. Kemudian masukkan butter dan gaulkannya sehingga sebati.
  7. Seterusnya masukkan soda bikarbonat. Kacau adunan sehingga warnanya cerah sedikit.
  8. Dah siap caramel, boleh padamkan api.
  9. Selepas tu tuangkan caramel ni ke dalam popcorn yang dah naik kembang tadi. Gaulkan sehingga sekata.
  10. Masukkan popcorn ni ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar dalam 30 minit pada suhu 150c.
  11. Setiap 5 minit, buka ketuhar dan gaulkannya untuk elakkan popcorn berketul-ketul.
  12. Dah siap!

Sebelum makan, sejukkannya dahulu. Tak sangka nak buat popcorn sendiri ni sebenarnya mudah je.

Ingatkan kat panggung wayang itulah popcorn yang rasa paling kayangan.

Rupanya boleh buat sendiri gunakan periuk je dan hanya perlukan 5 bahan untuk Resepi Pop Corn Madu caramel yang lengkap.

Lepas ni kalau nak cuba perisa lain seperti butterscotch pula bolehlah cuba.

Hanya masak dah salutkan je pada popcorn, kemudian bakar. Apa lagi, kalau teringin tu, jom buat popcorn sedap setanding paggung wayang ni.

Lagi nikmat dapat buat sekali banyak dan makan sampai puas. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-02 22:56:28.

Tinggalkan komentar