Biskut Semperit Dahlia Susu

Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti.

Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni.

Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.

Bahan Biskut Semperit Dahlia Susu

  • 500g tepung jagung (mungkin tak guna semua, letak sikit2)
  • 250g mentega
  • ½ cawan / 150g susu pekat
  • Ceri untuk hiasan

Cara Penyediaan Biskut Semperit Dahlia Susu

  1. Gris loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas pembakar.
  2. Di dalam mangkuk, hancurkan mentega dengan senduk.
  3. Masukkan susu pekat dan kacau sebati adunan secara perlahan.
  4. Sesudah kacau sebati, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga agak lembut.
  5. Masukkan adunan kedalam acuan nozzle dan terapkan biskut diatas loyang.
  6. Hiaskan dengan potongan ceri.
  7. Rehatkan dalam anggaran ½ jam.
  8. Panaskan ketuhar dalam 10-15 minit dan bakar biskut pada suhu 160˚ selama 20 minit atau 15 minit jika saiz biskut kecil.
  9. Kemudian, sejukkan seketika dan Biskut Semperit Dahlia Susu siap untuk dihidang.

Catatan

  • Tips pertama, kacau adunan mentega dan telur dengan perlahan dan elakkan daripada mengacau secara berlebih-lebihan bagi mendapatkan tekstur biskut semperit yang cantik.
  • Tambah esen vanilla jika mahu.
  • Tips kedua, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan elak memasukkan tepung jagung kedalam adunan sekaligus.
  • Jika adunan tepung menjadi keras, tambahkan mentega dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
  • Tips ketiga, selepas terapkan adunan biskut diatas loyang, rehatkan sekejap dalam anggaran ½ jam sebelum biskut semperit dibakar.
  • Jika bawah biskut menjadi terlebih perang atau cepat perang ketika dibakar, rendahkan suhu atau pindahkan loyang pada rak atas ketuhar.

Originally posted 2022-11-05 03:21:14.

Tinggalkan komentar